KANAK-KANAK ENAM TAHUN CIPTA REKOD KENAL PASTI 200 NEGARA, MATA WANG KURANG 12 MINIT
Siapa sangka, pada usia enam tahun seorang kanak-kanak lelaki D. Devakshean berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan kepintaran luar biasanya mengenal pasti 200 negara berserta mata wang masing-masing dengan tepat dalam masa 11 minit 45 saat.
SEREMBAN: Siapa sangka, pada usia enam tahun seorang kanak-kanak lelaki D. Devakshean berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan kepintaran luar biasanya mengenal pasti 200 negara berserta mata wang masing-masing dengan tepat dalam masa 11 minit 45 saat.
Berdasarkan kebolehan unik itu, namanya tercatat dalam senarai British World of Records (BWR) dan diiktiraf sebagai Young Global Expert to Identify Flags and Currencies of 200 Countries of the World.
Lebih membanggakan, kanak-kanak genius itu turut tersenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian Most Foreign Currencies Identified by a Child in One Minute selepas berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dalam masa seminit.
Ibunya G. Devamalar, 37, yang berasal dari Negeri Sembilan berkata anaknya mula menunjukkan minat terhadap bendera negara sejak berusia setahun apabila dia boleh mengenal pasti dan menyebut bendera Malaysia dengan tepat.
“Sejak kecil memang nampak kebolehan luar biasanya. Bila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat. Jadi daripada situ kami mula latihnya dan pada usia dua tahun dia mencipta rekod dengan mengenal pasti 241 negara dan bandar.
“Daya ingatannya memang luar biasa, apa sahaja kami tunjuk dia boleh ingat bukan sahaja bendera dan nilai mata wang asing tetapi banyak lagi, dia bolehtangkap dengan cepat,” katanya selepas penyerahan sijil penghargaan daripada Koordinator BWR di Malaysia Prof Datuk Dr S. Santharasekaran dan wakil MBR V. Menaga kepada Devakshean di sini hari ini.
Devamalar berkata pada 2022 dan 2024, Devakshean turut menerima beberapa pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa termasuk Amazing Malaysian Book of Records, Jakchi Book of World Records dan Cholan Book of World Records.
Devamalar berkata beliau dan suami A. Devakumaran, 41, sentiasa menyokong segala perkembangan dan minat anak tunggalnya itu selain menyatakan mengambil masa sebulan sebagai persediaan melatih Devakshean sebelum memohon untuk MBOR dan BWR pada tahun ini.
“Anak saya suka tengok YouTube. Jadi, kami muat naik bahan-bahan seperti senarai mata wang asing dan sebagainya ke YouTube dan dia belajar sendiri melalui platform itu. Dia jarang bermain, dia suka baca buku dan belajar sendiri itu memang tabiatnya, kami tak pernah paksa, itu memang minat dia,” katanya.
Devamalar turut berharap pencapaian luar biasa anaknya itu dapat membuka lebih banyak peluang lain termasuk menyertai Guinness World Records selain melihat potensi lain yang boleh dikembangkan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Devakshean yang dilahirkan pada 10 Sept 2019 berkata dia sangat menyukai bendera Malaysia dan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains selain bercita-cita menjadi seorang anggota bomba.
Sementara itu, Santharasekaran berkata pihaknya berbangga dengan pencapaian yang diraih Devakshean selain mengalu-alukan mana-mana anak Malaysia untuk mengetengahkan bakat masing-masing, sekali gus mengharumkan nama negara.
“Kita buat penilaian yang teliti, Devakshean melalui tiga kali penilaian, kanak-kanak ini seorang yang istimewa kerana dapat kenal 200 negara dan mata wang dalam masa kurang 12 minit, kami memilih mana-mana yang terbaik dan bukan senang untuk capai bakat ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked