Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS RAKAM 3 KETERANGAN KES PECAH MASUK KEDIAMAN CUCU TUN MAHATHIR

DALAM NEGARA

POLIS RAKAM 3 KETERANGAN KES PECAH MASUK KEDIAMAN CUCU TUN MAHATHIR

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di Kuala Lumpur, pada Rabu lepas.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di sini pada Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tiga individu terbabit terdiri daripada pengawal keselamatan dan pembantu rumah melibatkan warga tempatan dan warga asing.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi tangkapan dilakukan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kediaman milik cucu kepada bekas Perdana Menteri itu dipecah masuk mengakibatkan mangsa kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta yang disimpan di dalam bilik di rumah berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada 3 petang, Rabu lepas setelah mendapati  pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan bilik majikannya dipercayai dimasuki pencuri.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading