Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN DI TEROWONG MENORA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN DI TEROWONG MENORA

Mangsa yang maut ialah Nairai Falisha Abdul Rahman berusia dua tahun manakala ibu dan bapanya Abdul Rahman Abdul Rahim, 29, dan Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, cedera parah.

IPOH: Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer 264. 7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan di Terowong Menora petang semalam. 

Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh (BPP) dalam laman Facebooknya memaklumkan kemalangan itu turut menyebabkan seorang wanita dan lelaki cedera parah. 

“Pos kawalan Menora menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang. 

“Seorang kanak-kanak didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu. 

Mangsa yang parah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut. 

Terdahulu, video nahas berkenaan tular di media sosial. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang maut ialah Nairai Falisha Abdul Rahman berusia dua tahun manakala ibu dan bapanya  Abdul Rahman Abdul Rahim, 29, dan  Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, cedera parah.

Abang Zainal berkata Bezza yang dipandu bapa mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading