Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN SESAK NAFAS TERMAKAN BISKUT GANJA DIBUAT BAPA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN SESAK NAFAS TERMAKAN BISKUT GANJA DIBUAT BAPA

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya akibat termakan biskut yang disyaki dicampur dengan ganja.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, biskut mengandungi bahan terlarang itu dipercayai dibuat oleh bapa kanak-kanak itu sendiri.

Susulan itu, bapa mangsa telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek lelaki berusia 38 tahun itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Suspek direman mulai 30 Mei 2023 sehingga 3 Jun 2023 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Yusri, mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Laporan berhubung kejadian diterima polis pada 10.26 malam semalam daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin, Gerik. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading