KAPAL DAYANG TOPAZ KARAM, 1 KRU MAUT DAN 4 LAGI HILANG

MIRI: Seorang kru Kapal Dayang Topaz meninggal dunia manakala empt masih hilang dan 121 lagi kru berjaya diselamatkan dalam kejadian kapal karam awal pagi tadi.

Insiden dilaporkan berlaku di 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som sekitar jam 6.45 pagi tadi, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) telah menerima aduan dari Kapal Sapura Construction melaporkan kapal telah menerima isyarat kecemasan dari Kapal Dayang Topaz

Susulan itu ujarnya Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar Kapal Dayang Topaz dan mendapato kapal terbabit mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut.

“Aset-aset bantuan telah segera bergerak ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

“Pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.

“Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian,” kata Mohd Zubil dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya pihak MRCC Putrajaya kini sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru Kapal Dayang Topaz yang masih hilang.

Punca insiden ini katanya masih dalam siasatan. — AlHijrah Online.

Leave a Reply