
MANILA: Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 87 lagi masih hilang selepas sebuah kapal terbakar di perairan berhampiran kawasan tumpuan pelancong di Palawan, Filipina pada Rabu.
Menurut pengawal pantai tempatan, kapal berkenaan membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal ketika kebakaran berlaku kira-kira 1.2 batu nautika dari pantai Perbandaran Coron pada petang Rabu.
Setakat ini, seramai 42 orang berjaya diselamatkan, manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.
Rakaman video yang dikongsi pengawal pantai di media sosial menunjukkan kapal berkenaan dijilat api sepenuhnya.
Menurut laporan media tempatan, kapal itu dalam perjalanan dari Manila menuju ke Coron sebelum kebakaran berlaku. — AlHijrah Online