KDN RANGKA RANG UNDANG-UNDANG JAGA KEBAJIKAN PESARA, BEKAS PEGAWAI POLIS
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka rang undang-undang bagi mengawal selia aspek kebajikan pesara dan bekas pegawai polis menerusi satu entiti secara lebih teratur.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka rang undang-undang bagi mengawal selia aspek kebajikan pesara dan bekas pegawai polis menerusi satu entiti secara lebih teratur.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata rang undang-undang itu masih di peringkat penelitian pegawai undang-undang KDN dan sesi libat urus dijangka dilaksanakan tahun depan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya dibentang di Parlimen.
“Rang undang-undang pesara dan bekas pegawai polis ini dijadikan punca kuasa untuk antaranya perkara berkaitan pendaftaran pesara dan bekas pegawai polis, sebagai mengawal persatuan pesara dan bekas pegawai polis serta menjadi punca kuasa untuk menjaga kebajikan mereka, ini yang penting,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai sama ada KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai perancangan mewujudkan undang-undang bagi pesara polis seperti Akta Veteran 2012 bagi menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia.
Shamsul Anuar berkata ia juga dapat menjamin penyaluran peruntukan bantuan kepada pesara dan bekas pegawai polis supaya lebih teratur dan berkesan berbanding situasi semasa.
Menjawab soalan asal Shamsulkahar mengenai pecahan penerima bantuan bagi pesara dan bekas pegawai polis, Shamsul Anuar berkata sejak 2014 hingga 2022, sejumlah 13,864 permohonan bantuan telah diluluskan dengan implikasi kewangan kira-kira RM19 juta.
Beliau berkata 1,595 permohonan atau kira-kira RM1.29 juta pula akan dibayar pada tahun ini.
Katanya bantuan yang disalurkan adalah khairat kematian, bantuan perubatan, bantuan pergerakan dan pendidikan yang disalurkan melalui Tabung Amanah Warisan Polis.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager