Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAFAZ RUKUN NEGARA SETIAP SESI PEMBUKAAN PENGGAL DEWAN RAKYAT – JOHARI

DALAM NEGARA

LAFAZ RUKUN NEGARA SETIAP SESI PEMBUKAAN PENGGAL DEWAN RAKYAT – JOHARI

Lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama setiap penggal Parlimen.

Gambar fail. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama setiap penggal Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata keputusan itu susulan permohonan daripada Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang yang mencadangkan supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti lima prinsip Rukun Negara di Dewan Rakyat.

Johari berkata beliau kemudian membawa cadangan itu kepada Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan.

“Kedua-dua jawatankuasa ini bersetuju untuk melaksanakan lafaz Rukun Negara ini di Dewan Rakyat,” katanya dalam pemasyhuran sebaik sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

Mengenai pelaksanaan pemeriksaan kesihatan, Johari berkata lapan Ahli Parlimen masih belum menjalani pemeriksaan.

Katanya setakat ini, 213 Ahli Parlimen dan enam senator ahli pentadbiran telah melakukan pemeriksaan kesihatan berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading