TAWAU: Seorang nenek nekad menggendong dua cucunya dan meredah lumpur serta air laut, demi menyelamatkan diri apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Kurnia Jaya di sini, lewat petang semalam.
Almah Puyung, 63, salah seorang mangsa kebakaran melibatkan 700 rumah atas air itu, berkata ketika kejadian dia baru sahaja terlelap apabila tiba-tiba terdengar jiran berteriak ‘kebakaran’.
“Saya tidak fikir apa, saya gendong cucu saya berumur enam bulan serta satu tahun yang berada dalam buaian dan terus menyelamatkan diri,” katanya dalam nada sebak kerana mengenangkan rumah yang didiami lebih 15 tahun itu musnah sekelip mata dan tiada harta dapat diselamatkan.
Selain itu, Normah Kapala, 56, yang tidak dapat berjalan kerana menghidap penyakit buah pinggang tahap lima, didukung anak lelakinya untuk menyelamatkan diri.
“Menantu saya pula meluru mendukung keluar anak perempuan saya bersama tong oksigen kerana dia menghidap asma teruk dan tidak dapat berjalan,” katanya yang menambah hanya tong oksigen itu sempat diselamatkan memandangkan rumah mereka agak jauh dari daratan.
Normah, bagaimanapun, bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat, termasuklah seorang lagi anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, yang telah berlari keluar lebih awal.
Sementara itu, Abdullah Ahmad Naning, 54, bersama isterinya pula berdepan detik cemas ketika hendak menyelamatkan diri sehingga mereka memasuki rumah jiran dan akhirnya terjun ke laut kerana semua laluan jambatan telah musnah terbakar.
“Mujur ada penduduk kampung dari Batu 3 bawa bot menyelamatkan kami dan mangsa lain yang turut terjun laut, ada beberapa bot lain yang datang bantu menyelamat,” katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang, malah motosikalnya juga hangus dalam kebakaran itu.
Menurut seorang penduduk Albani Dauralis, 52, api merebak sangat cepat kerana ketika kejadian angin bertiup kuat dan turut kedengaran beberapa letupan tong gas.
Sementara itu, Dewan Kampung Hidayat di Batu 4 di sini, dijadikan pusat pendaftaran mangsa musibah tersebut dan setakat 10.30 pagi tadi, Jabatan Kebajikan telah merekodkan 44 individu dari 11 rumah untuk diberikan bantuan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, dianggarkan lebih 1,000 mangsa terjejas akibat insiden itu dan bantuan sedang disediakan termasuklah tempat tinggal sementara. –AlHijrah Online/BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked