KEBAKARAN SALURAN GAS: 112 MANGSA, 49 RUMAH TERJEJAS – TIMBALAN KETUA POLIS SELANGOR
Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata 112 mangsa yang cedera itu melibatkan penduduk di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.
KUALA LUMPUR: Seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata 112 mangsa yang cedera itu melibatkan penduduk di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.
“Daripada 112 mangsa itu, 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka.
“Bakinya iaitu 49 mangsa menerima rawatan awal di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Khas JBPM dan PDRM di sini hari ini.
Mohd Zaini berkata setakat ini, dua pusat pemindahan sementara dibuka iaitu Masjid Nurul Iman dan Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terjejas.
Mohd Zaini berkata setakat ini tiada kematian dilaporkan tetapi siasatan masih dijalankan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihak Petronas menutup empat injap utama saluran paip gas yang terletak di Dengkil, Puchong, Batu Tiga dan Meru bagi melepaskan saki baki gas asli bermula 8.46 pagi tadi.
Beliau berkata jarak daripada injap pertama ke injap keempat itu sejauh 32 kilometer.
“Kita juga telah mengarahkan pihak Petronas melakukan kerja-kerja pelepasan gas di empat injap bermula injap bernombor 209 hingga 212,” katanya.
Nor Hisham berkata injap terakhir ditutup pada 11.48 pagi tadi dan pihak Petronas menjangkakan tempoh empat jam diperlukan bagi keseluruhan gas asli dilepaskan dan api akan berkurangan seterusnya dapat dipadam.
“Pihak bomba tidak mengalami masalah kekurangan air dalam operasi ini tetapi memberi tumpuan kepada pelepas gas supaya kebakaran akan terpadam dengan sendirinya,” katanya.
Jelas beliau setakat 1.30 tengah hari ini, tekanan gas pada saluran paip yang terbakar mencatatkan bacaan lapan peratus berbanding 50 peratus pagi tadi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga di lokasi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi memudahkan proses evakuasi.
“Kita akan mulakan proses pusingan kedua iaitu memantau mangsa yang mungkin terperangkap di dalam rumah dan elemen plastik serta karbon terbakar susulan kejadian itu, bagi memudahkan pasukan masuk memadam kebakaran sekiranya ada,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager