KEBAKARAN SALURAN GAS: LEBIH 30 JAM TERPISAH, SHAHRIZAL DAN MICKEY BERJAYA JEJAK KASIH SEMULA
Debaran selama lebih 30 jam berakhir dengan berita gembira buat Shahrizal Hamzah dan kucing peliharaannya, Mickey, yang terpisah akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.
KUALA LUMPUR: Debaran selama lebih 30 jam berakhir dengan berita gembira buat Shahrizal Hamzah dan kucing peliharaannya, Mickey, yang terpisah akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.
Shahrizal, 46, yang meninggalkan kucingnya di rumah sebelum pulang beraya ke Melaka pada hari kejadian, berasa buntu apabila tidak dibenarkan masuk ke kediamannya atas faktor keselamatan untuk mencari kucing baka Munchkin Scottish Fold itu.
Bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila kucing kesayangannya berjaya ditemukan dengan bantuan sukarelawan dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di ruang dapur rumah dalam keadaan ketakutan.
“Kami memang tinggalkan dia kerana biasanya dalam tempoh dua malam tiada masalah, makanan semua sudah disediakan. Saya bertolak pada pukul 7 pagi hari kejadian tetapi sebaik sahaja sampai di Melaka, saya dapat tahu tentang kebakaran itu dan terus patah balik.
Sumber Gambar: BERNAMA
“Dari semalam, kami meminta bantuan bomba tetapi tidak berjaya menemukannya. Hari ini, kami cuba lagi kerana saya tahu Mickey jenis pemalu—minum pun malu. Saya risau apa jadi pada dia, lebih-lebih lagi dalam keadaan panas seperti ini,” katanya ketika ditemui Bernama bersama kucingnya sebaik sahaja haiwan itu ditemui berhampiran lokasi kejadian, hari ini.
Shahrizal berkata Mickey kini sedang menerima rawatan di klinik milik NGO berkenaan secara percuma.
NGO tersebut turut membantu operasi mencari dan menyelamat haiwan peliharaan milik mangsa kebakaran.
Rumahnya, yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi utama kejadian dan telah didiaminya sejak 15 tahun lalu, adalah antara kediaman yang terjejas dalam insiden tersebut.
Sementara itu, seorang lagi mangsa Norazimah Nordin menzahirkan rasa syukur apabila kucing peliharaannya, Kowalski, turut berjaya diselamatkan.
“Saya tak sangka kucing saya hidup sebab kebanyakan kucing jiran yang tinggal berhadapan rumah mati akibat letupan itu. Setakat ini, kucing saya berada dalam keadaan baik tetapi masih dalam ketakutan,” katanya.
Norazimah juga memaklumkan bahawa dia memiliki lima ekor kucing dan setakat ini tiga daripadanya sudah berjaya dibawa keluar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.