Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELUARGA ALLAHYARHAM BILL KAYONG AKAN DIBERI KAUNSELING

DALAM NEGARA

KELUARGA ALLAHYARHAM BILL KAYONG AKAN DIBERI KAUNSELING

KUCHING, 25 Jun – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memberi khidmat kaunseling kepada anggota keluarga Setiausaha PKR Cawangan Miri, Allahyarham Bill Kayong bagi memulihkan mereka daripada trauma. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pegawai kementerian akan dihantar untuk berjumpa dengan keluarga Allahyarham untuk menawarkan khidmat kaunseling yang diperlukan. Di samping itu, katanya pihak kementerian juga akan menghulurkan bantuan lain yang diperlukan termasuk membantu kos pendidikan anak Allahyarham. Sementara itu, Rohani menyelar pembunuhan Bill yang beliau anggap sebagai tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan. “Apapun perbezaan yang wujud tiada siapa yang berhak untuk bertindak kejam membunuh,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta isteri dan kumpulan sasar kementerian beliau di sini malam tadi. Beliau berharap pihak polis dapat menangkap dan mengheret pembunuh Bill ke muka pengadilan untuk dijatuhi hukuman setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan. Bill, 43, calon PKR kawasan Bekenu pada Pilihan Raya Sarawak ke-11 yang lalu, ditembak mati oleh individu tidak dikenali menggunakan senapang patah ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hiluxnya, di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri, kira-kira 8.30 pagi, 21 Jun lepas. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading