“KELUARGA PUN DAIF, MACAM MANA NAK TUMPANG RUMAH MEREKA?” – MANGSA BANJIR
Norul Shahida kini menumpang di PPS Masjid Kampung La yang menempatkan 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga yang masih belum berpeluang pulang ke rumah masing-masing kerana kediaman mereka rosak teruk akibat banjir besar itu.
Mangsa banjir, Norul Shahida Mohamad, 38, tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan gambar rumah sewanya yang rosak sepenuhnya dalam kejadian banjir di Kampung La, Hulu Besut pada 18 Disember lalu ketika ditemui hari ini. — fotoBERNAMA
JERTIH: Tumpang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) merupakan pilihan tunggal yang ada bagi segelintir mangsa banjir yang kediaman mereka rosak teruk, malah ada yang dihanyutkan banjir minggu lepas.
“Ke mana lagi saya hendak menumpang selepas rumah sewa saya rosak teruk dan hanyut… Nak menumpang di rumah ibu bapa, keadaan mereka pun daif,” kata Norul Shahida Mohamad, 38, ketika meluahkan rasa sayu mengenang nasib yang menimpa dirinya dan keluarga.
Norul Shahida ditemui di PPS Masjid Kampung La dekat sini, yang kini menempatkan 53 mangsa banjir daripada 12 keluarga yang masih belum berpeluang pulang ke rumah masing-masing kerana kediaman mereka rosak teruk akibat banjir besar 18 Dis lepas.
“Saya berharap ada pihak tampil menghulurkan bantuan termasuk bantuan tempat tinggal walaupun bersaiz kecil untuk kami sekeluarga,” katanya.
Wanita itu berkata keluarganya tidak mampu membina rumah sendiri kerana dia hanya bekerja membuat kuih dibantu suaminya Sairin Tuah, 37, dan mereka mempunyai tiga anak berusia empat hingga 11 tahun.
Berkongsi nasib sama, Maziah Awang Long, 62, yang memberitahu dia sekeluarga tinggal di PPS berkenaan sejak 12 hari lepas setelah rumah mereka ditenggelami banjir.
“Walaupun sebahagian besar mangsa telah pulang ke rumah masing-masing tapi saya sekeluarga terpaksa terus tinggal di sini memandangkan rumah kami mengalami kerosakan.
“Bahagian dapur rumah roboh dan tandas rosak. Kalau saya balik, nak bersih diri macam mana kerana tandas rosak, rumah pun masih belum dibersihkan sepenuhnya…penuh lumpur,” katanya.
Maziah berkata lagi, dia tinggal di rumah berkenaan bersama tujuh ahli keluarganya termasuk cucu perempuan berusia empat bulan.
Mangsa banjir di Kampung La, Maziah Awang Long, 62, mengusik cucunya, Aisy Naufal Shahru Amerul, 4 bulan, di pusat pemindahan sementera (PPS) Masjid Kampung La, Hulu Besut sehingga hari ini kerana kediamannya rosak untuk didiami buat masa ini. — fotoBERNAMA
Menurutnya, rumah saudara-maranya yang terletak berdekatan juga menerima nasib sama menyebabkan dia sekeluarga tidak dapat menumpang berteduh.
“Setakat ini saya pun tak pasti ada pihak yang akan membantu membaiki kerosakan itu atau tak… Kami tak mampu baiki kerosakan itu dalam masa terdekat,” katanya yang turut menyibukkan diri membantu sukarelawan memasak untuk penduduk di PPS bagi mengurangkan rasa sedih.
Banjir yang melanda Terengganu bermula 18 Dis lepas disifatkan sebagai banjir terburuk apabila lebih 40,000 penduduk di semua daerah di negeri itu terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.