Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT ALIHKAN BUNGKUSAN DIPERCAYAI BAHAN LETUPAN

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT ALIHKAN BUNGKUSAN DIPERCAYAI BAHAN LETUPAN

Seorang tukang masak maut akibat letupan sebuah bungkusan yang diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah, di sini malam tadi.

AMPANG: Seorang tukang masak maut akibat letupan sebuah bungkusan yang diletak di atas keretanya di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam tadi melibatkan mangsa lelaki warganegara tempatan berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata mangsa dikatakan memegang bungkusan berkenaan untuk dialihkan dari atas kereta jenis Toyota Corolla Altis sebelum meletup.

“Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan.

“Mangsa kemudian dibawa orang awam ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya letupan tersebut turut menyebabkan bahagian depan kereta mangsa terbakar dan kemik.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading