KELUHAN RAKYAT KEPADA AGONG, PERMAISURI SEMASA KEMBARA AKAN DITELITI SEBAIKNYA – PM
Semua keluhan rakyat yang disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan dengan sebaiknya.
KUCHING: Semua keluhan rakyat yang disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan dengan sebaiknya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi jaminan tersebut, berkata Al-Sultan Abdullah masih sangat terkesan dengan pengalaman dilalui baginda dalam kembara yang berlangsung selama 11 hari itu.
“Pada Khamis lepas, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan baginda masih sangat terkesan bicara dengan penuh perasaan bergelinang air mata kerana terpegun terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.
Rombongan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memulakan perjalanan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas sebelum mengakhiri penjelajahan selama 11 hari di Telok Melano di selatan Sarawak pada 13 Sept.
“Seluruh negara, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, dikejutkan dengan sambutan hangat serta tunjuk rasa kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (sepanjang kembara itu),” katanya.
Anwar juga berkata Sarawak berjaya melangkah jauh daripada imejnya sewaktu Malaysia ditubuhkan 60 tahun dahulu untuk menjadi negeri paling ke depan di negara ini dan berpotensi menjadi lebih maju lagi.
“Hari ini Sarawak bukan Sarawak pada 1963. Hari ini Sarawak mempunyai potensi menjadi rantau atau hab tapak pembangunan industri hijau, hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau ASEAN ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata kesungguhan yang ditunjukkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memajukan negeri itu menerusi beberapa inisiatif baharu menyebabkan beliau telah diminta memberi pandangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri petang tadi di Wisma Bapa Malaysia di sini.
“Sebelum mesyuarat Jemaah Menteri tadi, bayangkan kalau dulu kita datang bagi kuliah kepada pemimpin Sarawak, hari ini saya minta Abang Johari beri pandangan dan kuliah kepada Menteri Persekutuan.
“Saya sebut ini tanpa bermaksud untuk memberi pujian berlebihan kepada sahabat saya Abang Johari tetapi kenyataannya, belum pernah ada mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan di mana pemimpin negeri diminta memberi pandangan tentang kemajuan bidang baharu diterokai dengan jayanya berdasarkan pelaksanaan di Sarawak,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked