Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

7 MAUT DIPANAH PETIR DI YAMAN

DUNIA

7 MAUT DIPANAH PETIR DI YAMAN

Tujuh maut dipanah petir dalam kejadian di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman, dalam tempoh 24 jam lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Sabtu.

SANAA: Tujuh maut dipanah petir dalam kejadian di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman, dalam tempoh 24 jam lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Mangsa terdiri daripada enam wanita dan seorang lelaki dari daerah Al-Luhayyah dan Az-Zuhrah di bahagian utara wilayah itu.

Ia merupakan kejadian terbaru dalam siri bencana sama yang dilaporkan di seluruh negara itu semasa musim hujan ini.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Yaman telah mengeluarkan amaran kepada rakyat di beberapa wilayah, termasuk Hodeidah, mengenai ribut petir, hujan lebat dan banjir.

Dalam laporan baru-baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahaya bencana alam semula jadi berkaitan perubahan iklim, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.

Kejadian cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur Yaman yang rapuh dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian, menurut PBB.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading