Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMALANGAN DUA BUAH LORI PUNCA KES GADUH DI TENGAH JALAN

DALAM NEGARA

KEMALANGAN DUA BUAH LORI PUNCA KES GADUH DI TENGAH JALAN

Polis sedang menyiasat insiden pergaduhan di tengah jalan yang dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Pelabuhan Barat menuju Pelabuhan Barat Klang, di sini semalam.

KLANG: Polis sedang menyiasat insiden pergaduhan di tengah jalan yang dipercayai berpunca daripada kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Pelabuhan Barat menuju Pelabuhan Barat Klang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, semakan dijalankan mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang.

“Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan gaduh gempar di tempat awam yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Cha Hoong berkata, semakan mendapati individu terlibat telah membuat laporan mengenai kemalangan di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat memaklumkan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran, katanya.

Semalam tular video di media sosial memaparkan beberapa individu bergaduh di tengah jalan di Jalan Pelabuhan Barat Klang, selain memaparkan kemalangan melibatkan dua buah lori di lokasi kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading