Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PASANG JALUR GEMILANG TERBALIK DIREMAN

DALAM NEGARA

LELAKI PASANG JALUR GEMILANG TERBALIK DIREMAN

Seorang lelaki direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes sebuah premis perindustrian di Senai, di sini yang didakwa memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor secara terbalik.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes sebuah premis perindustrian di Senai, di sini yang didakwa memasang Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor secara terbalik.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki berusia 45 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Senai pada 11.30 malam tadi.

“Lelaki tempatan itu telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963 (Penggunaan Tidak Wajar) / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tular di media sosial sejak Sabtu lepas yang memaparkan sebuah kilang memasang bendera jalur gemilang dan bendera Johor dalam keadaan terbalik di Jalan Seelong, Senai.

Gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat setempat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading