IPOH: Semua masjid diminta mengemaskini takwim digital setiap tahun bagi mengelakkan waktu solat salah atau tersasar.
Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak, Mohamad Faizal Jani berkata, masa yang dipapar pada takwim digital perlu dipastikan tepat dengan Waktu Standard Malaysia (WSM) yang diukur berdasarkan waktu seragam sejagat oleh makmal masa dan frekuensi, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).
“Dalam pelaksanaan waktu solat kita di Malaysia, kita menggunakan sistem zon dan satu lagi kita menggunakan parameter yang mungkin berubah.
“Contoh yang saya sebutkan tadi waktu subuh hari tu berlaku perubahan daripada parameter 20° degree kepada 18° degree.
“Jadi jika masjid yang menggunakan takwim digital itu tidak mengemaskini, ianya akan menyebabkan waktu solat mereka lebih awal lapan minit pada waktu subuh tersebut,” katanya kepada AlHijrah Online.
Menurut Mohamad Faizal, perbezaan zon akan mengurangkan atau menambah masa yang membezakan waktu solat di setiap zon negeri-negeri.
Jelas beliau, kedudukan latitud dan longitud juga boleh membezakan waktu solat.
Justeru katanya, waktu solat pada takwim digital perlu dikemaskini bagi mengelakkan umat Islam menunaikan solat tidak pada waktunya.
“Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 2019 pernah memutuskan perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan lapan minit membabitkan seluruh negara,” katanya.
Beliau menjelaskan, keputusan yang dibuat itu menggunakan parameter altitud matahari pada 18° di bawah ufuk yang menyebabkan kepada perubahan waktu solat berkenaan.
Mohamad Faizal pada masa yang sama berkata, aplikasi solat yang dibangunkan di peranti atau telefon pintar juga perlu dikemaskini kerana dibimbangi berbeza mazhab.
Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi peneragan asas falak dalam penentuan arah kiblat dan waktu solat sempena Program Hari Geomatik di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, semalam. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager