JOHOR BAHRU: Sebanyak 22 individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes kematian penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsudin.
Ketua Polis Johor CP Ab Rahaman Arsad berkata kesemua mereka termasuk doktor, pegawai perubatan, ahli keluarga, rakan serta jurulatih.
“Kita masih menunggu keputusan pihak Hospital Kota Tinggi untuk mengesahkan apakah sebab kematian kepada si mati. Jadi, setakat ini kita masih belum menerima laporan bedah siasat itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan dijangka dapat dilengkapkan dalam tempoh sebulan sebelum ia dirujuk kepada Jabatan Pendakwaan Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya.
“Kita akan rujuk kepada Jabatan Pendakwaan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai apa lagi keperluan untuk kita meneruskan siasatan dalam kes ini selepas bedah siasat sebab kes ini telah pun mendapat perhatian di peringkat Bukit Aman.
“Difahamkan di peringkat Kementerian Dalam Negeri pun telah meminta supaya perkara ini disegerakan dan kita akan dapatkan dengan seberapa segera (hasil laporan) dari jabatan kimia,” katanya.
Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram di sini dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.
Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan PALAPES UTM bermula 26 Julai lepas dan dijadualkan berakhir 3 Ogos.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian itu menubuhkan jawatankuasa yang turut disertai KPT dan Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat kematian Syamsul Haris.
Ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun pada Isnin lepas menuntut supaya siasatan punca kematian dilaksanakan dengan telus dan adil, selain mahukan proses bedah siasat kedua dibuat segera.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.