PENGAWAL KESELAMATAN DIDENDA RM5,000 BUAT HANTARAN HINA NABI MUHAMMAD SAW
Seorang pengawal keselamatan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan membuat dan memulakan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya, April lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat dan memulakan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya, April lepas.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap M.Ramesh, 57, selepas Orang Kena Saman (OKS) itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan sekiranya lelaki itu gagal membayar denda, dia boleh dikenakan penjara lima bulan. OKS membayar denda.
Ramesh didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komen jelik melampau sifatnya menerusi akaun Facebook “Ramesh Muniandy” untuk menyakitkan hati orang lain, pada 10.20 pagi, 11 April.
Hantaran itu kemudian dilihat di Aras 4, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, Putrajaya pada 12 tengah hari, 15 April lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohamad Farhan Kamarudin memohon hukuman berat kerana kesalahan itu amat serius selain OKS secara sedar telah menghina serta memfitnah Nabi Muhammad SAW dengan tuduhan yang tidak berasas.
“Komen tersebut jelas berpotensi menimbulkan kemarahan orang Islam dan menjatuhkan maruah orang Islam. Komen itu boleh dibaca oleh sesiapa sahaja termasuk golongan muda sekali gus memberi kesan negatif kepada persepsi dan tingkah laku masyarakat.
“Apabila kenyataan sebegini dibiarkan tersebar dalam talian dan dapat diakses oleh sesiapa sahaja, ia berpotensi menimbulkan persepsi yang salah kepada orang ramai,” katanya.
Peguam P. Chandra Segaran memohon hukuman denda paling rendah kerana anak guamnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berpendapatan RM1,700 sebulan perlu menyara isteri, tiga anak serta ibu yang uzur.
“Semasa membuat hantaran tersebut, OKS tidak dapat mengawal diri dan perasaan, sebab itu dia telah membuat hantaran balasan kepada pihak lain.
“Pengetahuannya terhadap perkara itu amat cetek, oleh itu dia memohon maaf kepada mahkamah dan kepada sesiapa yang telah membaca hantaran tersebut. Ini merupakan kesalahan pertama OKS dan dia insaf serta tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” kata peguam itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked