Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI SERANG GURU SEKOLAH MEMANDU DI BATU PAHAT

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI SERANG GURU SEKOLAH MEMANDU DI BATU PAHAT

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyerang seorang guru kelas memandu, di kawasan Taman Mutiara, Parit Sulong di Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyerang seorang guru kelas memandu, di kawasan Taman Mutiara, Parit Sulong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Parit Raja di sini, setelah pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 56 tahun pada 7.24 malam.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 1.20 tengah hari semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan cara pemanduan antara kedua-kedua mereka sebelum insiden itu.

“Suspek yang menunggang motosikal telah bertindak menahan kereta dipandu mangsa dan menumbuk cermin hadapan kereta tersebut hingga retak.

“Mangsa kemudian meneruskan perjalanan hingga ke Balai Polis Parit Sulong sambil diekori suspek, yang kemudian melepaskan tumbukan ketika mangsa turun dari kenderaan sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Sekyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengakibatkan kecederaan.

Terdahulu tular di Facebook video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan insiden seorang penunggang motosikal mengekori sebuah kereta dan bertindak menendang cermin kereta. Turut dipaparkan keadaan mangsa yang berlumuran darah di bahagain kepala dipercayai ditumbuk suspek.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading