KEMATIAN ZULFARHAN: ENAM PENUNTUT UPNM DIPENJARA 18 TAHUN

6 pelajar UPNM didapati bersalah sebabkan kematian Zulfarhan

KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan tersebut mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.

Keenam-enam tertuduh tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

ARTIKEL BERKAITAN – 18 PENUNTUT UPNM DIDAPATI BERSALAH SEBABKAN KEMATIAN ZULFARHAN

Tambah Azman Abdullah, hukuman tersebut berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Sementara itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap enam penuntut tersebut termasuk 12 lagi tertuduh di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana didapati bersalah mencederakan Allahyarham.–AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply