MVM BANTU BAIK PULIH RUMAH ASNAF, KELUARGA B40

SELANGOR: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) membantu membaik pulih sebuah rumah asnaf yang terlibat dalam kejadian kebakaran, di Telok Gong, Pelabuhan Klang, di sini, pada hujung September lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MVM Mohd Fauzan Abd Sukor, bantuan tersebut menerusi projek Di Sebalik Pintu (DSP) yang merupakan sebuah projek bantuan pembinaan dan penambahbaikkan kediaman khusus untuk golongan B40.

Katanya, kejadian rumah terbakar itu melibatkan seorang pengawal keselamatan, isteri orang kurang upaya (OKU) fizikal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 10 tahun yang mana sebahagian rumah mereka rosak terutama bahagian hadapan serta kegagalan tenaga elektrik.

“Serahan kunci telah dibuat pada 28 Oktober 2021 di Jalan Tali Air, Telok Gong, Pelabuhan Klang Selangor.

“Mereka menerima bantuan baik pulih kediaman, pembaikian dan penambah baikan serta pemberian perabot asas rumah baharu dan dekorasi kediaman,” katanya.

Mohd Fauzan berkata, projek tersebut merupakan projek yang ketiga bagi tahun ini dan masih berbaki sebuah rumah lagi untuk MVM bantu bina dan baik pulih.

Dalam pada itu, MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut membantu projek DSP untuk memberikan sedikit keselesaan di rumah mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi mereka yang berminat untuk membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5648 0164 7699 (Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia) atau layari donation.mvm.org.my untuk maklumat lanjut.–AlHijrah Online

Leave a Reply