Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPUTUSAN BERKAITAN KALIMAH ALLAH HANYA KHUSUS BAGI SARAWAK – PM

DALAM NEGARA

KEPUTUSAN BERKAITAN KALIMAH ALLAH HANYA KHUSUS BAGI SARAWAK – PM

MELAKA: Keputusan kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) semasa sidang media pada majlis Sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI, Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia Peringkat Parlimen Tangga Batu di Tanjung Minyak hari ini. – Bernama

MELAKA: Keputusan kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kalah dalam kes itu sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

“Ini khusus dalam kes Sarawak…ia tidak terpakai seperti di Melaka atau Pulau Pinang atau Selangor…itu kena faham,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perpaduan MADANI Masyarakat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Tangga Batu di Tanjung Minyak di sini hari ini. 

 Semalam, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan itu, yang difailkan pada 18 April lepas, menyatakan bahawa kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Jill Ireland Lawrence Bill, wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian. — AlHijrah Online

@beritaalhijrah114

Tekan link di bio. Keputusan kes penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran adalah khusus untuk negeri Sarawak. #beritaalhijrah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #beritaditiktokviral #fypシ #fyp #anwaribrahim #perdanamenteri #pmx #kalimahallah

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading