KERAJAAN BERI KEUTAMAAN NAIKKAN ELAUN GURU – PM

Sumber Gambar: BERNAMA

MELAKA: Kenaikan elaun para guru menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha menjaga kebajikan golongan pendidik itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memohon diberikan masa untuk mengusahakan perkara tersebut kerana kenaikan elaun bergantung kepada pendapatan dan hasil negara.

“Negara perlukan dana dalam memberikan upah dan gaji berpatutan kepada warga pendidik.

“Antara keutamaan saya ialah menaikkan elaun guru-guru dan perkhidmatan awam. Tetapi jangan minta sekarang, beri sedikit lagi masa dan kesempatan,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan pada tahun ini bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’.—AlHijrah Online

Leave a Reply