KEPUTUSAN KAJIAN SKIM SARAAN PENJAWAT AWAM TURUT TERPAKAI KEPADA AHLI POLITIK – ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan yang dibuat hasil daripada kajian membabitkan skim saraan dalam kalangan penjawat awam turut terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni orang ramai sebaik tiba di Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, bagi menunaikan solat Jumaat hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan yang dibuat hasil daripada kajian membabitkan skim saraan dalam kalangan penjawat awam turut terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.
Anwar berkata beliau secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri selepas mendengar pandangan pelbagai pihak dan kajian mendalam melibatkan pelbagai aspek Perlembagaan Persekutuan.
“Bagi ahli politik, apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.
“Kalau kita mula pada 1 Feb 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka perkara itu juga sama untuk semua pelantikan baharu (termasuk) ahli politik,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Pelita di sini hari ini.
Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat jika negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kerajaan sepatutnya memikirkan untuk memansuhkan pencen kepada kumpulan “orang politik” terlebih dahulu kerana kebanyakan mereka berkhidmat kira-kira lima tahun berbanding penjawat awam hingga 30 tahun.
Dalam pada itu, Anwar berkata mana-mana kerajaan akan sedar bahawa keadaan ekonomi tidak mungkin bertahan sekiranya tidak melakukan sesuatu membabitkan persaraan.
“Jadi, dengar cadangan dikemukakan, bahas dahulu, teliti, beri pandangan apa ubah suai yang kerajaan perlu lakukan, kemudian kita akan muktamadkan,” katanya.
Anwar berkata banyak kekeliruan yang timbul berhubung isu ini dan menambah kenyataan susulan akan dibuat Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Selasa lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Jan menyatakan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam surat itu memaklumkan susulan penetapan kaedah lantikan tetap baharu, Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah berkenaan, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dilapor berkata pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager