FAM DAPAT “DURIAN RUNTUH”, PERUNTUKAN RM5 JUTA DARIPADA KERAJAAN
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media di Restoran Nasi Kandar Pelita, di Desa Sri Hartamas hari ini. Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. – Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan berkenaan disalurkan dengan mengambil kira semangat juang tinggi pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023, lebih-lebih lagi dengan kejayaan mengikat gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan, 3-3, pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub Doha, Qatar semalam.
“Satu pertarungan hebat, Harimau Malaya menunjukkan keupayaan, kesungguhan, semangat mereka tidak lusuh walaupun setelah kalah dalam dua pertarungan (menentang Jordan dan Bahrain), tapi nampak mereka menunjukkan perlawanan yang sangat menakjubkan dan hebat bertarung dengan satu pasukan kuat Korea Selatan.
“Jadi, saya ucapkan tahniah kepada mereka, mara terus dan kerana (Harimau Malaya) menunjukkan semangat sedemikian dan atas pertimbangan Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh), kerajaan telah bersetuju luluskan RM5 juta kepada FAM supaya dapat mengurus pasukan bola dan meningkatkan keupayaan mereka,” katanya kepada pemberita sebelum menyertai sesi makan tengah hari di sini hari ini.
Sehubungan itu, Anwar juga mengumumkan bahawa dana berkenaan akan disalurkan dengan kadar segera untuk kegunaan badan induk yang memayungi bola sepak negara itu.
Sebagai rekod, perlawanan itu merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait apabila bekas penyerang Zulkifli Hamzah menjaringkan gol penyamaan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.
Walaupun seri dengan Korea Selatan, hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik pada Piala Asia 2023 tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E, masing-masing tumpas 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata. — AlHijrah Online
SUMBER: BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked