Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPUTUSAN RESOLUSI MENGENAI GAZA MENUNJUKKAN DUNIA MENOLAK PENCEROBOHAN ISRAEL

DUNIA

KEPUTUSAN RESOLUSI MENGENAI GAZA MENUNJUKKAN DUNIA MENOLAK PENCEROBOHAN ISRAEL

RAMALLAH: Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Sidang Khas Tergempar PBB itu menyaksikan resolusi tersebut diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali. – AFP

RAMALLAH: Presiden Palestin menyambut baik keputusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menerima resolusi menyeru gencatan senjata segera, selain bantuan kemanusian serta perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.

Jurucakap Presiden Nabil Abu Rudeineh menyampaikan penghargaan kepada negara-negara yang menyokong resolusi yang ditaja oleh Jordan itu.

Beliau berkata perkembangan itu mengesahkan sokongan majoriti dunia terhadap rakyat Palestin dan  isu Palestin masih mendapat perhatian, lapor Agensi Berita WAFA. 

Dengan menerima 120 undi menyokong resolusi itu menunjukkan dunia menolak pencerobohan terhadap wilayah Palestin dan pemindahan paksa dari tanah air mereka.

Beliau berkata dunia mesti melaksanakan resolusi itu dengan serius dan ia hanya boleh dicapai melalui perdamaian, selaras dengan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa dan berdasarkan penyelesaian dua negara. 

 Resolusi berkenaan diluluskan pada Jumaat dan menurut laman sesawang PBB pengundian pada Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi tersebut diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading