Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPUTUSAN STPM 2020 DIUMUMKAN 1 JULAI

DALAM NEGARA

KEPUTUSAN STPM 2020 DIUMUMKAN 1 JULAI

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis) bermula jam 12 tengah hari.

Majlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan dalam kenyataannya bahawa terdapat beberapa kaedah bagi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu untuk menyemak keputusan STPM.

“Semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai mulai jam 12 tengah hari.

“Perkhidmatan SMS ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai bermula jam 11 pagi sehingga 9 Julai (Jumaat) jam 12 tengah hari,” dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, bagi calon yang membekalkan alamat e-mail kepada MPM, mereka akan memperoleh keputusan yang dihantar oleh MPM menerusi alamat e-mail mereka pada 1 Julai bermula jam 11 pagi.

Bagaimanapun, bagi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu yang tiada capaian internet, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau pihak sekolah akan mengenalpasti calon dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapat keputusan STPM.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading