Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PFIZER, ASTRAZENECA, SINOVAC SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU

DALAM NEGARA

PFIZER, ASTRAZENECA, SINOVAC SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU

Sumber: ARKIB AFP

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga vaksin (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) yang digunakan kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu bayi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun Pfizer kekal disyorkan dalam pemberian vaksin kepada golongan tersebut manakala AstraZeneca dan Sinovac diklasifikasikan sebagai bersesuaian.

“AstraZeneca tidak lagi dikontraindikasikan kepada kehamilan dan Sinovac pula disyorkan oleh laporan interim Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk ibu hamil dan menyusukan anak berikutan manfaatnya jauh lebih besar daripada potenso risiko yang dikaji,” katanya selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) ibu mengandung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Menurut Khairy, setakat ini hampir 109,607 pendaftaran vaksin bagi golongan ibu mengandung diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera.

Daripada jumlah itu, seramai 11,663 dijangka bersalin (EDD) pada Ogos ini dan mereka akan diberi keutamaan di samping lebih 10,000 ibu mengandung telah diberi janji temu dengan nota ‘Expectant Mother’ pada janji temu mereka.

Memetik laporan BERNAMA, Khairy berkata lebih kurang 6,000 ibu mengandung dijadualkan janji temu di PPV MITEC dan PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid bagi menerima vaksinasi hujung minggu ini dan ia berlangsung di seluruh negara dengan jumlah yang berbeza.

Ibu mengandung kekal menjadi keutamaan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19 berdasarkan risiko jangkitan COVID-19 bagi kumpulan tersebut.

Semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memuat naik infografik menerusi ciapan di Twitter mereka tentang panduan terkini vaksin bagi ibu mengandung dan menyusu.—AlHijrah Online

—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading