KERAJAAN AKAN PERKASA SEKOLAH PONDOK DENGAN TEKNOLOGI BAHARU DAN AI – ANWAR
Perdana Menteri menyatakan beliau akan meluncurkan Program Mushaf Ummah pada 8 Ogos ini dalam usaha memperluas penyebaran al-Quran dan mesej Islam ke serata dunia melalui terjemahan rasmi ke dalam 30 bahasa dunia.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memulih dan memartabatkan semula institusi pondok negara agar kekal menjadi benteng pertahanan akidah, akhlak dan sahsiah umat Islam selari dengan tuntutan semasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata langkah itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan sekolah agama dan pondok yang masih dalam keadaan daif dapat dibangunkan dengan kemudahan serta teknologi baharu.
“Kita mahu tambah dengan teknologi baharu termasuk teknologi maklumat, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) supaya benteng ini kekal sebagai benteng terkuat yang boleh pertahankan akidah, akhlak dan sahsiah ummah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar berkata sejarah membuktikan bahawa ketika sistem politik, ekonomi dan pendidikan negara tunduk kepada penjajah, institusi pondok kekal sebagai benteng terakhir mempertahankan jati diri umat Islam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menyatakan beliau akan meluncurkan Program Mushaf Ummah pada 8 Ogos ini dalam usaha memperluas penyebaran al-Quran dan mesej Islam ke serata dunia melalui terjemahan rasmi ke dalam 30 bahasa dunia.
“Dalam semua perjalanan saya ke seluruh dunia, Peru, Brazil, Perancis, Kemboja dan puluhan negara dalam beberapa tahun ini, setiap kali saya berkunjung, saya akan bawa al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa negara itu dan kita edarkan secara rasmi dan inilah bagi saya satu pendekatan yang baik,” katanya.
MTHQA ke-65 yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos ini tampil dengan tema ‘Membangun Ummah MADANI’ serta menghimpunkan 71 peserta dari 49 negara.
Malaysia diwakili Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Perak dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi (Terengganu) bagi kategori Tilawah manakala Muhammad Adib Ahmad Rozaini (Perak) dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif (Kelantan) untuk Hafazan.
Pemenang akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan (RM30,000) dan tempat ketiga (RM20,000) serta barang kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked