KERAJAAN PERPADUAN TIDAK MASUK CAMPUR KES SIASATAN INDIVIDU BERGELAR TUN – FAHMI FADZIL
Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur dalam sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mana-mana individu yang bergelar Tun dan ahli keluarga mereka.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak masuk campur dalam sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas mana-mana individu yang bergelar Tun dan ahli keluarga mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kerajaan memberikan kebebasan kepada SPRM dalam melakukan sebarang siasatan yang dirasakan wajar, dan mengambil sebarang tindakan berlandaskan undang-undang.
Katanya beliau tidak nampak bagaimana perkara itu perlu dilihat sebagai satu isu politik atau sifat dendam.
“.. itu mungkin timbul dari perasaan diri beliau (Dr Mahathir) sendiri,” katanya kepada media selepas melancarkan pelan p-hailing Rahmah buat pemandu dan penunggang p-hailing di sini hari ini.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan siasatan SPRM ke atas keluarganya baru-baru ini bermotifkan dendam politik.
Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan peribadi untuk siasatan dilakukan.
“Saya ingat perdana menteri juga telah beberapa kali berkata bahawa ia bukan sesuatu yang bersifat peribadi, dan sekiranya ada sebarang perkara yang melibatkan harta rakyat, wang ringgit rakyat, kerajaan ada hak untuk teliti, dan ia terpakai kepada semua pihak pihak bukan sahaja individu ataupun satu kelompok,” katanya.
Fahmi turut diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri secara kebetulan, dan bukan dipilih secara majoriti.
“Saya sarankan supaya Tun Dr Mahathir, sebagai seorang negarawan muhasabah diri beliau di dalam hari-hari senja ini. Kita perlu meninggalkan legasi yang murni daripada cuba menakut-nakutkan rakyat dengan berita seperti ini. Saya harap beliau lebih bermuhasabah,” katanya.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebanyak dua kali iaitu dari Julai 1981 hingga Oktober 2003, dan kemudiannya dari Mei 2018 hingga Februari 2020.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests