KERAJAAN PERSEKUTUAN SAMBUT BAIK TITAH SULTAN SELANGOR – PM
Bagi masyarakat Melayu dan Islam seluruh negara, isu ini jadi isu politik sangat hangat, cerca-mencerca, penghinaan hakim-hakim, kerajaan dan sebagainya,”
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berkenan mempengerusikan Mesyuarat MKI ke-71, hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Sultan Selangor, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) itu, juga dilihat tepat pada masanya bagi menurunkan suhu hangat politik berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lepas yang mengisytiharkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan batal dan tidak sah.
Anwar berkata titah Sultan Selangor dalam Mesyuarat MKI kali ke-71 di Putrajaya hari ini yang turut dihadiri beliau itu, dilihat sebagai satu kenyataan tegas dalam mempertahankan semangat Perlembagaan Negara.
“Mungkin masyarakat Cina tidak rasa tekanan itu, tapi bagi masyarakat Melayu dan Islam seluruh negara, isu ini jadi isu politik sangat hangat, cerca-mencerca, penghinaan hakim-hakim, kerajaan dan sebagainya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Presiden ACCCIM Tan Sri Low Kian Chuan.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah agar semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dan perlu sentiasa didukung oleh rakyat.
Baginda bertitah demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jejayah Kelantan batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.
Perdana Menteri berkata dalam mesyuarat tersebut juga, Sultan Selangor bertitah bahawa sebagai negara berlandaskan peraturan hukum, maka negara perlulah patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.
“Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, menurut Tuanku (Sultan Selangor) harus dihormati kerana Mahkamah Persekutuan tunduk kepada hukum dan semangat Perlembagaan. Tidak timbul nak meringankan dan meremehkan kedudukan Mahkamah Syariah,” katanya.
Anwar berkata sekiranya terdapat cadangan mahupun pandangan baharu berhubung isu syariah, ia boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.
Pada Disember lepas, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas itu yang bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri khususnya berkaitan dengan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager