KERAJAAN SASAR SEMUA TABIKA KEMAS LAKSANA PROGRAM TABIKA PRA TAHFIZ MENJELANG 2030
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata program itu yang bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) dan KEMAS.
LIPIS: Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz menjelang 2030.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata program itu yang bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) dan KEMAS.
“Saya persembahkan (cadangan tersebut) kepada Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku telah menyarankan pra tahfiz KEMAS yang dilaksanakan oleh Yayasan Pahang dapat digunakan oleh KEMAS.
“Mudah-mudahan ini (tabika KEMAS program pra tahfiz) akan dapat dilaksanakan. Bagi kaedah (mereka) yang bukan Islam, ada kaedah lain untuk anak-anak ini. Namun, untuk ini, saya fikir anak-anak orang Islam khususnya desa dan luar bandar, sangat memerlukan pengajaran ini, kita akan teruskan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang Santai Bersama Komuniti Daerah Lipis di Dewan Residen, Kuala Lipis, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengajar guru-guru yang tidak ada latar belakang pendidikan agama untuk mengajar al-Quran dan agama Islam.
“Ertinya, kita melakukan usaha serampang dua mata iaitu untuk mengajar, pengajar mesti tahu kerana ilmu ialah tentang bagaimana input ilmu itu diberikan. Oleh sebab itu, guru-guru KEMAS ini kita lakukan latihan yang begitu iaitu kerjasama menerusi Yayasan Pahang, Yayasan PINTAR, UPSI dan melalui modul KEMAS.
“Saya juga akan mengusahakan guru KEMAS N29 dan kategori yang lain, kita tahulah nak minta dengan tidak mendesak tetapi memujuk supaya guru KEMAS diambil kepedulian dari segi skim gaji oleh kerajaan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata pendidikan agama Islam yang betul mengikut al-Quran penting memandangkan banyak kelas taska atau tadika yang telah menyeleweng daripada asas pendidikan prasekolah yang disuntik dengan doktrin pemikiran ketaasuban.
“Maka, kita mesti mencari jalan supaya tidak berlaku penyelewengan dari segi pedagogi pendidikan atau kaedah pengajaran supaya pengajaran agama Islam dan pengajaran al-Quran itu mesti mengikut apa yang ada di dalam pengajaran kita.
“Sumber hukum berkenaan, yang pertama, pengajaran mesti yang ada di dalam al-Quran, kedua apa yang ada dalam hadith dan ketiga qias dan keempat ijmak ulamak.
“Oleh itu, kerajaan menerusi KKDW dan KEMAS mencari jalan supaya pendidikan Islam khususnya untuk anak-anak prasekolah dapat diajar dengan kaedah yang benar iaitu menerusi Yayasan Pahang dan yayasan PINTAR,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager