TIADA KENAIKAN TARIF ELETRIK DI SEMENANJUNG HINGGA DISEMBER INI – PETRA
Tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai Isnin ini (1 Julai) hingga 31 Dis, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
KUALA LUMPUR: Tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai Isnin ini (1 Julai) hingga 31 Dis, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
PETRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu persetujui kerajaan semalam dan melalui keputusan itu, kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan juga bersetuju menurunkan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh sama supaya PBT dapat menyediakan perkhidmatan pencahayaan menyeluruh di kawasan awam seperti lampu jalan, lampu taman perumahan dan lampu kawasan rekreasi.
“Selain itu, pengguna komersial dan industri akan mengalami penurunan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) sebanyak 1 sen/kWj bagi tempoh Julai hingga Disember 2024.
“Kerajaan berharap agar penurunan kadar surcaj ICPT kepada kategori ini dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran di samping menyokong usaha menggalakkan pelaburan di Malaysia, seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan merancakkan ekonomi negara,” menurut PETRA.
Kementerian itu memaklumkan secara keseluruhan jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh Julai hingga Disember ini yang akan dibiayai oleh kerajaan sebanyak RM2.192 bilion.
PETRA percaya pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar merupakan pendekatan yang terbaik pada masa ini supaya dapat mengurangkan komitmen subsidi kerajaan dan peruntukan tersebut akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat.
Selain itu, ia membolehkan kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara.
Kerajaan juga terus kekal komited untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 bagi pengguna elektrik dalam kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih di seluruh Malaysia pada 2024 dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.
“Walaupun tiada kenaikan tarif elektrik di Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember, pengguna disaran untuk sentiasa menggunakan tenaga elektrik secara berhemah dan mengamalkan amalan cekap tenaga.
“Di bawah Program SAVE 4.0, pengguna boleh menerima e-rebat hingga RM400 bagi pembelian peti sejuk dan penyaman udara cekap tenaga yang mendapat penarafan empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST),” menurut kementerian itu.
Menurut kenyataan itu pengguna juga digalakkan untuk menyertai inisiatif pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di bangunan kediaman masing-masing di bawah Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).
PETRA memaklumkan melalui program baharu Skim Insentif Solar Rakyat (SolaRIS), pengguna baharu Program NEM Rakyat yang mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) pada dan selepas 1 April ini akan menerima rebat RM1,000/kwAC hingga maksimum RM4,000.
“Pengguna boleh melihat jumlah subsidi elektrik yang diberikan oleh kerajaan dalam bil elektrik bulanan masing-masing. Kerajaan berharap pemberian subsidi elektrik ini dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, PETRA juga memaklumkan kerajaan pada 20 Jun lepas bersetuju supaya pelarasan tarif elektrik bagi NUR Power Sdn Bhd (NUR) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah (KHTP) yang dilaksanakan di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini dilaksanakan secara bersasar.
Ia melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik 1,500 kWj dan ke bawah (≤1,500 kWj) tidak akan dikenakan sebarang surcaj, manakala pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 5.50sen/kWj.
“Pengguna bukan domestik pula akan dikenakan surcaj pada kadar 5.50 sen/kWj,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu memaklumkan kerajaan Persekutuan juga bersetuju supaya ketetapan kadar tarif elektrik bagi pengguna di Wilayah Persekutuan Labuan adalah mengikut keputusan yang dibuat kerajaan Sabah ke atas kadar tarif elektrik bagi pengguna negeri itu untuk tempoh Julai 2024 hingga Disember 2027.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests