Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kerajaan usaha selamatkan rakyat kita bakal digantung

DALAM NEGARA

Kerajaan usaha selamatkan rakyat kita bakal digantung

Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – “Kerajaan sedang berusaha menyelamatkan nyawa seorang rakyat Malaysia yang dijadual menjalani hukuman gantung di penjara Changi, Singapura,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menarik perhatian bahawa ada yang berpandangan bahawa hukuman seumpama itu adalah keterlaluan.

“Kita sedang cuba menyelamatkan nyawanya. Sepertimana kita tahu di Malaysia sekarang ini pemikiran rakyat ialah hukum gantung itu keterlaluan.

“Jadi kita harap negara lain juga bersikap demikian,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Michael Garing dilapor akan digantung di penjara berkenaan pada Jumaat ini selepas disabitkan atas kesalahan membunuh oleh Mahkamah Tinggi republik itu pada 2015 dan sabitan berkenaan disahkan Mahkamah Rayuan pada 2017.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Malaysia akan mengutus surat ke Singapura bagi membantah hukuman mati ke atas lelaki yang berasal dari Sarawak itu. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading