Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tingkatkan penguatkuasaan dan undang-undang alam sekitar

DALAM NEGARA

Tingkatkan penguatkuasaan dan undang-undang alam sekitar


Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin (dua dari kiri).

Penguatkuasaan atas kesalahan melibatkan alam sekitar perlu ditingkatkankan bagi mengelakkan insiden seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor berulang.

Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk meningkatkan penguatkuasaan atas kesalahan melibatkan pencemaran alam sekitar.

Tambahnya, orang awak memainkan peranan penting dan perlu menjadi sebahagian daripada penguatkuasaan.

“Insiden ini membuka mata kita tentang cara menjaga persekitaran. Kerajaan juga perlu meningkatkan penguatkuasaan. Selain itu, undang-undang juga perlu digubal. Peranan orang awam juga perlu untuk melaporkan kegiatan mencurigakan dan menjadi sebahagian daripada penguatkuasaan”.

Kejadian di Sungai Kim Kim harus menjadi pengajaran buat semua pihak.

Setakat ini jelasnya, kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim berjumlah RM 6.4 juta dan dijangka meningkat sehingga RM 10 juta.

Antara fokus utama juga ialah menguatkuasakan undang-undang bagi menuntut pihak yang terlibat dalam pencemaran bahan kimia untuk membayar kos keseluruhan pembersihan sungai terjejas.

Jelasnya, insiden di Pasir Gudang itu akan mempercepatkan pembentangan cadangan menggubal undang-undang memandangkan penggubalan undang-undang mengambil masa panjang.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading