Setiap hari dunia dihiburkan dengan melodi
Islamofobia yang mengasyikkan.
Kebanyakan umat Islam berasa mereka tidak diberi
gambaran dan layanan adil oleh media massa, organisasi dan individu tertentu.
Namun begitu, terdapat umat Islam yang turut sama menari mengikut rentak
dendangan Islamofobia demi kepentingan diri atau kumpulannya.
Dari Perlis hingga ke Sabah, dapat dirasai bahawa
rata-rata umat Islam berasa gusar dan kecewa mengenai perkara ini. Kecelaruan juga
memuncak apabila pemimpin Muslim yang popular hanya berdiam diri atau bersikap
acuh tidak acuh dalam mempertahankan maruah agamanya.
Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat kumpulan yang
diterajui oleh orang Islam hanya hebat, lantang dan menjadi jaguh dalam mempertahankan
persamaan hak asasi sesuatu golongan dan kaum. Namun mereka membisu dan hilang
arah apabila kesucian agama dan umat Islam diperlekeh dan diperkosa.
Sikap ego dikalangan umat Islam hanya akan melemahkan kekuatan mereka.
Mereka terpukau dan gagal untuk bertindak bijak.
Tidak kurang juga yang mengambil sikap apologetik demi menjaga perasaan pihak
tertentu dan kepentingan peribadi serta kumpulannya. Kedudukan agama Islam
kepada mereka agak sukar untuk dinilai.
Adakalanya agak sukar untuk difahami prinsip
perjuangan golongan seperti ini. Mereka mendirikan solat fardu lima waktu
sehari semalam, tetapi tindakan mereka bertentangan dengan roh ‘Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami
sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan” (Al-Fatihah;
5).
Jika dalam kes-kes yang melibatkan kesucian agama
pun mereka gagal bertindak wajar, apakah yang boleh diharap dari mereka untuk
mempertahankan agama Islam dalam perkara-perkara yang lebih besar?
Adakah umat Islam Malaysia lebih selesa, teruja dan
bermotivasi bermain politik kepartian tetapi bersikap hipokrit dan mempamerkan kebaculan
dalam membela agama Islam?
Jika perkara ini dikupas secara kritis, pasti terdedah
sikap sebenar antara golongan yang “tunduk
patuh kerana Allah” dengan kumpulan yang “berlunak untuk dunia.”
Adakah sikap berlunak
untuk dunia menjadi faktor utama kenapa umat Islam sukar untuk bersatu
walaupun dalam hal-hal keagamaan?
Jika ditanya kepada cendekiawan Islam, pasti
mereka akan menghubungkaitkan masalah ini dengan kelemahan iman dan kurangnya kecintaan
kepada agama.
Sebaliknya, pakar sosiologi functionalist perspective akan menyimpulkan secara ilmiah bahawa sikap kurang
bekerjasama berlaku kerana setiap golongan berasa kumpulan lain adalah tidak
penting, kurang faham dengan apa yang diperjuangkan, atau lemah dalam tindakan.
Sementara ahli psikologi Cognitive Dissonance mendapati, kesukaran umat Islam untuk bersatu boleh
berpunca daripada tindakan mereka yang mewajarkan logik dan alasan-alasan yang
dicenderungi walaupun perkara tersebut tidak benar atau hanya andaian
semata-mata.
Memang pelik tetapi inilah hakikatnya, Rasulullah
SAW berjaya mendamaikan dan memupuk sikap kejeleketan antara kaum Aus dan Khazraj
dengan menanamkan iman di dalam hati mereka.
Sebaliknya umat Islam di negara ini walaupun beraqidahkan
Islam sejak dari kecil, tetapi mereka memilih untuk berpecah-belah dan
berkonflik termasuklah dalam perkara-perkara keagamaan.
Apa yang tidak kena dengan umat Islam di Malaysia?
Wajar disedari, lemahnya kejeleketan antara umat
Islam di negara ini didorong oleh persepsi bahawa setiap kumpulan berasa ia
hebat dan tidak memerlukan kumpulan lain.
Islam mencela sikap merasa diri lebih hebat daripada orang lain.
Situasi ini bukan sahaja ketara dalam politik
tetapi berlaku hampir dalam semua aspek organisasi yang melibatkan umat Islam. Di
manakah letaknya permuafakatan? Satu soalan yang sukar untuk dijawab.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kumpulan yang
didominasi oleh umat Islam lebih cenderung untuk bersaing membuka pekung antara
satu sama lain. Tetapi mereka berasa berat untuk saling bergantung dan
menampung kelemahan masing-masing. Adakah ini sikap yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW?
Akibatnya, umat Islam di negara ini terus berkonflik.
Sebaliknya, musuh-musuh Islam bersorak riang kerana kelalaian dan kecuaian yang
dapat memudahkan pencapaian agenda sulit mereka.
Sering ditekankan oleh kumpulan yang mendabik
dada memperjuangkan Islam bahawa umat Islam hanya akan bersatu jika mereka
mengikut Al-Quran dan Sunnah. Tetapi, tidakkah setiap kumpulan sudah mengaku
bahawa mereka telah berdiri di atas landasan Al-Quran dan Sunnah? Jika
demikian, mengapa masih berpecah?
Persaingan tidak sihat yang menguasai lanskap dakwah dan politik di Malaysia pada ketika ini telah melemahkan ukhwah dan ta’awun (kerjasama) antara umat Islam. Setiap golongan lebih cenderung untuk memperjuangkan identiti dan imej kumpulannya dari bekerjasama demi Islam.
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager