KERANI DIDAKWA CEDERAKAN PEMBANTU RUMAH WARGA INDONESIA GUNA SETERIKA, AIR PANAS
Seorang kerani wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mencederakan seorang pembantu rumah warga Indonesia menggunakan seterika dan air panas, sejak Mac tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pembantu rumah warga Indonesia menggunakan seterika dan air panas, sejak Mac tahun lepas.
Loke Chee Hui, 43, yang bekerja sebagai kerani di sebuah agensi pekerjaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pembantu rumahnya di sebuah rumah di Jalan Hujan Emas 3, Taman OUG, di sini, antara 3 Mac 2022 dan 23 April lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun peguam Varghese Onny yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai empat orang anak berusia 2 hingga 15 tahun.
Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Di Mahkamah Sesyen, Loke dan suaminya Lum Kah Wai, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan eksploitasi pengabdian terhadap mangsa sama, pada tarikh dan tempat serupa.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat sama mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah tidak menawarkan jaminan bagaimanapun Varghese memohon pasangan suami isteri itu diberikan jaminan atas alasan mereka telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.
Hakim Azura Alwi membenarkan pasangan itu, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melaporkan diri ke balai polis setiap dua bulan sekali.
Mahkamah juga menetapkan 6 Jun untuk sebutan semula kes.
Semalam, media melaporkan seorang pembantu rumah lebam di mata dan muka, serta melecur hampir seluruh badan akibat didera oleh majikannya selain sering dipukul, ditampar dan pernah dicederakan oleh suspek sama di bahagian tangan dengan menggunakan seterika.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked