SYED HAMADAH DILANTIK PENGARAH URUSAN KUMPULAN, KPE TABUNG HAJI BAHARU
Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuatkuasa 6 Mei.
Syed Hamadah Syed Othman (kiri) dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengarah Urusan Kumpulan serta KPE Lembaga Tabung Haji. Sumber gambar: Facebook Datuk Dr Mohd Na’im
KUALA LUMPUR: Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuatkuasa 6 Mei.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang telah melengkapkan penggal perkhidmatan dua tahun sebagai KPE dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Ahli Lembaga TH pada 5 Mei 2023.
“Kewibawaan serta kepakaran Syed Hamadah adalah diyakini mampu memacu kecemerlangan TH sebagai tonggak kejayaan ekonomi ummah serta institusi pengurusan haji terbaik dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Amrin atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik yang diberikan sebelum ini kepada pengurusan TH.
Syed Hamadah sebelum ini pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Pengarah di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd.
Beliau yang mempunyai ijazah dalam bidang Statistik dan Matematik Aktuari dari Heriot Watt University, Edinburgh juga merupakan Felo di Fakulti Aktuari, United Kingdom dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia.
Syed Hamadah juga mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dan pakar dalam perundingan multinasional dan organisasi tempatan mengenai reka bentuk pencen, pembiayaan, perakaunan pencen, penggabungan dan pengambilalihan.
Dalam pada itu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar optimis pelantikan baharu ini akan memperkukuhkan lagi institusi haji itu.
“Saya yakin dengan kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki oleh Syed Hamadah akan dapat meneruskan usaha memperkukuhkan TH dari segi tadbir urus dan operasi ke tahap yang lebih cemerlang dan membanggakan di masa hadapan.
“Ahli Lembaga dan Pengurusan Kanan TH menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Amrin atas komitmen serta usaha beliau dalam mengatur strategi bagi mencapai aspirasi Hijrah24 dalam melonjakkan aktiviti pengurusan haji, operasi cawangan dan pelaburan supaya TH terus kekal berdaya saing, mampan dan berwibawa selari dengan arus semasa dalam aspek pengukuhan struktur tadbir urus korporat, dan inisiatif digitalisasi,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked