Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN DI GUA MUSANG, LELAKI MAUT

DALAM NEGARA

KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN DI GUA MUSANG, LELAKI MAUT

Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang semalam.

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata Mohd Basyir Che Ali, 36, yang menaiki kereta Proton Saga itu bersama isterinya Murni Md Nor, 37, dipercayai berlanggar dengan sebuah Toyota Hilux sebelum terbabas dan terbakar.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 5.18 petang dan sampai ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

“Ketika tiba dilokasi kejadian, kami dapati kereta tersebut telah terbakar dan ada seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu, manakala seorang penumpang wanita iaitu isteri lelaki itu sempat menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran dan mengeluarkan lelaki itu kira-kira pukul 5.47 petang, manakala pemandu dan dua penumpang kereta Toyota Hilux hanya mengalami kecederaan ringan, dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading