Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“HAM & CHEESE SANDWICH” TIADA SIJIL HALAL, JAKIM & KPDN SERBU KILANG

DALAM NEGARA

“HAM & CHEESE SANDWICH” TIADA SIJIL HALAL, JAKIM & KPDN SERBU KILANG

Produk “Ham and Cheese Sandwich” yang diragui status halalnya sebagaimana tular di media sosial didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Gambar: KPDN

KUALA LUMPUR: Produk “Ham and Cheese Sandwich” yang diragui status halalnya sebagaimana tular di media sosial didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataannya berkata, JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertindak menyerbu kilang produk itu di Sunway Damansara, Petaling Jaya, pada 10 Jan Jumaat lalu.

Katanya, syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM.

“Tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal selain memastikan produk tersebut telah dipersijilkan halal oleh pihak berautoriti.

Sementara itu, KPDN menerusi kenyataannya memaklumkan, premis tersebut adalah sebuah kilang yang membuat dan membekalkan produk sandwich serta menggunakan penandaan logo halal JAKIM yang disyaki tamat tempoh.

Katanya, premis terbabit tidak memiliki kelulusan halal daripada JAKIM dan logo halal yang dilekatkan pada produk sandwic ialah logo halal yang diperakukan kepada sebuah syarikat lain yang tidak lagi beroperasi dan menjual perniagaannya kepada syarikat yang diserbu.

Jelasnya lagi, sijil pengesahan halal juga didapati disahkan sudah tamat tempoh pada 15 Okt 2023.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading