Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGURUS SYARIKAT MAUT DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI SHAH ALAM

DALAM NEGARA

PENGURUS SYARIKAT MAUT DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI SHAH ALAM

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kemalangan 10.25 pagi itu berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang menghala ke Persiaran Bestari dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat hilang kawalan.

SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Platinum 7/60, Seksyen 7, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kemalangan 10.25 pagi itu berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang menghala ke Persiaran Bestari dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat hilang kawalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal berkenaan melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV yang diparkir di tepi jalan dan mengakibatkan penunggangnya terjatuh.

“Keadaan itu membuatkan pemandu MPV iaitu lelaki tempatan berusia 38 tahun cuba mengelak lalu melanggar bahagian belakang sebuah lagi SUV jenis BMW X5 yang berada di hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata penunggang motosikal yang mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV itu telah ditahan untuk menjalani ujian air kencing dan darah dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Syahrul Zulkeflee di talian 010-4589850 bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading