Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES PELAJAR MENINGGAL DUNIA JATUH BANGUNAN KINI DALAM SIASATAN POLIS – FADHLINA

DALAM NEGARA

KES PELAJAR MENINGGAL DUNIA JATUH BANGUNAN KINI DALAM SIASATAN POLIS – FADHLINA

Kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

KUALA LUMPUR: Kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian melibatkan pelajar perempuan dikenali sebagai Zara Qairina itu.

“Saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian telah menziarahi keluarganya di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga itu termasuk dalam aspek sokongan psikososial,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh menggangu siasatan selain menghormati privasi keluarga.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasar kepada hasil siasatan tersebut,” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan dan mendoakan mereka diberi kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian berat berkenaan.

Semalam pengguna Facebook menggunakan nama Dun Sindumin Sipitang memuat naik hantaran mengenai kejadian melibatkan Zara Qairina itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading