PDRM TUGASKAN 2,000 ANGGOTA KAWAL KESELAMATAN PERHIMPUNAN DI IBU NEGARA 26 JULAI INI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan lebih 2,000 anggota bagi kawalan keselamatan perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, pada 26 Julai ini.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan lebih 2,000 anggota bagi kawalan keselamatan perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka di sini pada 26 Julai ini.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata PDRM telah menerima pemakluman penganjuran perhimpunan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi daripada penganjur.
“Kita telah kenal pasti empat tempat yang mereka akan berkumpul dan seterusnya bergerak ke Dataran Merdeka iaitu di Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni.
“Setakat ini menurut unjuran Cawangan Khas PDRM, kira-kira 10,000 hingga 15,000 orang dijangka hadir dalam perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau juga berkata meskipun polis menyedari hak masyarakat untuk berhimpun secara aman, peserta dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang provokasi dan menjaga tingkah laku untuk menjamin keselamatan negara.
“Mereka mempunyai hak untuk berucap, bagaimanapun jika ada apa-apa kesalahan dari segi ucapan, contohnya provokasi atau perkara perkara yang membabitkan 3R, kita akan ambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata setakat ini tiada keperluan untuk melakukan penutupan jalan namun pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan bagi menilai situasi ketika hari perhimpunan.
Mengenai kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, Mohamed Usuf berkata 48 saksi dari dalam dan luar negara telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes itu, namun setakat ini pihaknya tidak memperolehi banyak petunjuk baharu yang boleh membantu siasatan.
Pada 9 April lepas, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-hailing untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan.
Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests