KHOM, NGO MALAYSIA PERTAMA LAKSANA OPERASI GUGUR BANTUAN KE UTARA GAZA
Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan dihantar secara airdrop ke utara Gaza, Palestin menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130 dalam masa terdekat.
Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Nik Marina Hussin (kanan) dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Hashimiyah untuk Pembangunan Badia Jordan dan Presiden Childcare Charity Association (CCCA) Farea Al Masaiee bergambar di hadapan gudang barangan bantuan di Zarqa, Jordan baru-baru ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 480 kotak makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia akan dihantar secara airdrop ke utara Gaza, Palestin menggunakan pesawat kargo Tentera Udara Diraja Jordan, C130 dalam masa terdekat.
Misi berkenaan adalah yang pertama melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, Karisma Humanitarian Outreach Mission( KHOM) dengan kerjasama Organisasi Kebajikan Hashimiyah Jordan (JHCO), Childcare Charity Association (CCCA) dan Tentera Udara Diraja Jordan.
Pengarah Misi KHOM Nik Marina Hussin berkata ‘Operasi Kecemasan Airdrop Gaza’ itu satu-satunya pilihan yang ada bagi membantu penduduk di utara Gaza yang sedang berdepan kebuluran berikutan penutupan semua akses masuk oleh tentera Israel.
“Ini langkah kemanusiaan terbaru KHOM dalam misi bantuan ke Palestin menerusi inisiatif penghantaran secara airdrop yang dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Jordan bagi membantu sekitar 300,000 penduduk Palestin yang terputus sumber bekalan,” katanya kepada Bernama.
Nik Marina berkata selain bantuan makanan, sebanyak 200 kotak kit kebersihan diri juga akan dihantar menggunakan trak melalui jalan darat.
“Kami dimaklumkan bantuan dijangka tiba di utara Gaza dalam masa seminggu susulan proses koordinasi yang perlu dilaksanakan oleh pihak tentera selain mengikut giliran dan kesesuaian jadual penghantaran,” katanya.
Beliau yang kini berada di Amman, Jordan berkata pihaknya juga sedang memantau kerja-kerja pembungkusan di gudang yang terletak di Zarqa, sebelum membuat penyerahan kepada wakil JHCO dan seterusnya disampaikan kepada pihak Tentera Udara Diraja Jordan.
Nik Marina berkata inisiatif KHOM ini diharap akan membuka jalan kepada lebih banyak NGO Malaysia mendapatkan akses penghantaran bantuan ke utara Gaza.
“Kami mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan KHOM bagi menghantar bantuan ke utara Gaza,” katanya.
Operasi airdrop ini merupakan fasa ke-14 kempen KHOM dalam membantu Palestin sejak perang ke atas Gaza meletus pada Oktober lepas.
KHOM, sebuah NGO berdaftar giat melaksanakan misi kemanusiaan di enam negara termasuk Jordan, Syria dan Palestin, antara lain bagi membantu pelarian dan mangsa perang. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Pingback: Berita AlHijrah : KHOM, NGO Malaysia Pertama Laksana Operasi Gugur Bantuan ke Utara Gaza – KHOM