Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAWAT AWAM SELANGOR TERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI SEBULAN GAJI

DALAM NEGARA

PENJAWAT AWAM SELANGOR TERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI SEBULAN GAJI

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri.

Sumber Gambar: Facebook Amirudin Shari

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri.

Beliau berkata bantuan itu merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.

“Selain itu bagi pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, kampung baru dan ketua komuniti India, Setiausaha MPKK, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima sebulan elaun.

“Penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang berkerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula akan menerima bantuan khas RM500,” katanya ketika berucap dalam Majlis Mahabbah Ramadan MADANI bersama penjawat awam Selangor, di sini, hari ini.

Amirudin berkata bantuan khas yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM45 juta itu akan disalurkan pada 8 April depan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading