Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRAGEDI SAHUR, LAPAN RUMAH MUSNAH DIJILAT API

DALAM NEGARA

TRAGEDI SAHUR, LAPAN RUMAH MUSNAH DIJILAT API

KUCHING: Nasib lapan keluarga diuji pada Ramadan ke-11 selepas lapan rumah dua tingkat di Lorong 16, Kampung Haji Baki, di sini awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja selesai bersahur dan menunggu waktu solat Subuh.

Ketua Operasi Kebombaan Negeri Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 5.22 pagi.

“Tiga jentera dan dua ambulans EMRS daripada Balai Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Padungan ke lokasi, dengan kekuatan 28 anggota segera diatur gerak ke lokasi, sebelum kami mendapati api telah membakar lapan buah rumah, dengan empat daripadanya musnah seratus peratus.

“Anggota segera mengaktifkan kerja-kerja pemadaman dan menghalang api merebak lebih jauh,” katanya.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.38 pagi dan kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa dan kesemua 40 mangsa berjaya menyelamatkan diri, biarpun tinggal sehelai sepinggang.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba,” jelasnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading