“Setakat ini 143 laporan (mengenai kes itu) diterima dan 174 saksi telah diambil keterangan termasuk kakitangan serta pemandu lori kedai serbaneka itu, selain 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah telah dirampas.”
KUALA LUMPUR: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).
Beliau berkata siasatan itu melibatkan pihak kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan vendornya iaitu sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading di Johor.
“Setakat ini 143 laporan (mengenai kes itu) diterima dan 174 saksi telah diambil keterangan termasuk kakitangan serta pemandu lori kedai serbaneka itu, selain 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah telah dirampas.
“Kita telah menyarankan untuk tuduhan, namun masih menunggu arahan terakhir dan terkini daripada pihak AGC. Sebaik sahaja terima maklumat, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata kes melibatkan KK Super Mart itu memberi kesan kepada rakyat Malaysia beragama Islam selain mendapat reaksi tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirkan kemurkaan baginda.
“Saya sendiri agak terkesan dengan kes ini, tetapi apabila menyarung pakaian seragam PDRM, siasatan yang dilakukan haruslah mengikut lunas undang-undang,” katanya yang mengingatkan semua pihak agar bersabar dan tidak mengambil tindakan sendiri berkaitan isu itu.
Beliau turut menyarankan kepada golongan agamawan mengambil sikap ke arah lebih menenangkan keadaan kerana tindakan telah diambil dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang.
Baru-baru ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.
Sabtu lepas pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager